Islamic Financial Essay

5508 Words Jun 12th, 2016 23 Pages
1.0 Pengenalan

Menurut Mustafa Dakian, Sistem kewangan konvensional merupakan kebebasan mutlak seseorang. Sistem ini menggalakkan supaya keputusan kewangan dibuat hanya berasaskan pertimbangan keuntungan. Setiap orang ialah tuan punya hartanya, berhak sepenuhnya atas hasil daripada harta itu dan berhak pula membuat sesuka hatinya atas harta dan hasil tersebut. Prinsip ini berkisar atas dasar keuntungan peribadi sebagai syarat. Sebaliknya, dalam sistem kewangan Islam seperti yang sedia maklum, manusia dianggap sebagai wakil Allah SWT di bumi dan sebarang harta yang dimiliki oleh manusia hanya merupakan amanah semata-mata dan bukannya milik yang mutlak. Justeru, kebebasan menjalankan urusniaga dalam sistem kewangan Islam semestinya
…show more content…
Alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah atau duit. 2. Kiasan kepada gaji, harta, kekayaan, pendapatan atau upah. 3. Menurut sastera lama sebagai duit yang bernilai satu pertiga tali.

Menurut Kamus Dewan, Kewangan bermaksud perihal wang (keadaan atau urusan wang) atau segala sesuatu yang berkaitan dengan wang. Selain itu, Ensiklopedia Munn’s memberikan 3 maksud kepada definisi kewangan iaitu : 1. Mendapatkan wang yang diperlukan bagi menyusun, penyusunan semula atau membesarkan lagi sesuatu perusahaan sama ada melalui penjualan saham, bon, nota-nota dan sebagainya 2. Merupakan satu istilah umum tentang teori dan amalan kredit kewangan, perbankan dan operasi-operasi promosi. Merangkumi wang, kredit, perbankan, sekuriti, pelaburan, spekulasi, pertukaran asing dan sebagainya. 3. Mendapatkan wang melalui cukai atau pengeluaran bon dan pentadbiran hasil mahsul dan perbelanjaan kerajaan.

1.2 Sejarah Sistem Kewangan

Sistem kewangan mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang berdasarkan kronologi. Menurut Mohd Nazri Chik, sistem kewangan dalam sejarah tamadun manusia mempunyai evolusinya iaitu : 1. Sistem Barter - Wujud pada zaman pra wang yang dikhabarkan telah diamalkan sejak 100,000 tahun yang lalu. Sistem ini beroperasi dalam keadaan yang penuh kesulitan kerana perlu mencari dua belah pihak yang saling memerlukan bagi membolehkan pertukaran barangan dilakukan. 2. Wang

Related Documents