Essay about Abcd
Terdapat beberapa punca terus mencetuskan konflik agama. Punca konflik agama yang pertama ialah pandangan yang berbeza antara penganut ( Fernandez, 2004). Setiap ajaran agama mengajar penganutnya supaya menjadi insan yang baik, bertolak ansur, serta menghormati agama lain. Namun begitu, pandangan yang berbeza antara penganutnya menyebabkan berlakunya konflik antara agama lain. Mereka jaga menganggap ajaran agama merekalah benar serta tidak menerima pandangan atai menghormati ajaran agama lain ( Kahmad, 2002). Hal ini telah menyebabkan perselisihan faham antara agama dan mencetus konflik.
Di samping itu, faktor menyebabkan berlakunya konflik agama ialah perbezaan tingkat kebudayaan. Sebahagian daripada budaya bangsa manusia …show more content…
Tambahan lagi, punca yang seterusnya ialah kebanyakan penganut agama percaya bahawa agama harus didefinasikan dalam bentuk hitam dan putih. Berfikir secara hitam-putih adalah bermaksud menetapkan batasan pemikiran dengan ukuran-ukuran yang sempit. Cara berfikir seperti ini tidak mengandungi nilai toleransi, nilai timbang rasa dan nilai untuk memudahkan sesuatu. Mereka yang mempunyai fikiran ini menganggap bahawa hanya percaya agama mereka mempunyai kebenaran yang lengkap, sementara semua agama lain yang bertentangan dengannya adalah sama sekali salah (Benneth,2008). Oleh itu, mereka tidak terbuka untuk gagasan bahawa mungkin asa suatu pendekatan terhadap agama yang tidak berdasarkan pendekatan berfikiran hitam dan putih.
Beberapa konflik agama telah berlaku di dunia. Hal ini menyedihkan kerana padahal semua agama di dunia mengajarkan kepada setiap penganutnya untuk saling mangasihi dan menghormati penganut yang lain. Namun