Study your flashcards anywhere!

Download the official Cram app for free >

  • Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

How to study your flashcards.

Right/Left arrow keys: Navigate between flashcards.right arrow keyleft arrow key

Up/Down arrow keys: Flip the card between the front and back.down keyup key

H key: Show hint (3rd side).h key

A key: Read text to speech.a key

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/78

Click to flip

78 Cards in this Set

  • Front
  • Back

Apakah maksud zaman prasejarah?

Zaman di mana manusia masih belum mengenali sistem tulisan.

Berikan dua contoh bandar purba.

Jericho di Jordan. Catal Huyuk di Turki.

Apakah maksud tamadun?

Peradaban.

Apakah maksud tamadun dalam Bahasa Arab?

Mudun. Madain. Madana - tinggi budi bahasa / pembukaan bandar.

Apakah maksud tamadun dalam bahasa Greek?

Civitas - bandar.

Apakah maksud tamadun mengikut pandangan Barat?

Tamadun merangkumi pencapaian lahiriah iaitu hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

Apakah maksud tamadun berdasarkan pandangan Islam?

Tamadun merangkumi pencapaian lahiriah dan rohaniah iaitu pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.

Apakah karya Ibn Khaldun?

Muqaddimah.

Berikan dua istilah yang telah digunakan dalam Muqadimmah.

Umran - tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan maju.


Hadarah - hidup di bandar.

Berikan enam ciri-ciri tamadun.

1. Petempatan kekal


2. Kehidupan berorganisasi


3. Sistem pemerintahan


4. Pengkhususan kerja


5. Agama dan kepercayaan


6. Bahasa dan sistem tulisan

Apakah maksud Mesopotamia? Namakan dua sungai tersebut.

Tanah yang terletak di antara dua sungai. Sungai Tigris (timur) dan Sungai Euphrates (barat).

Nyatakan tujuh zaman pemerintahan di Mesopotamia.

1. Sumeria


2. Akkad


3. Ur


4. Babylon Awal atau Lama


5. Kassites


6. Assyria


7. Chaldea

Huraikan proses pembentukan Mesopotamia.

Orang Sumeria berhijrah dan membina tempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan.

Nyatakan negara-negara kota yang terdapat di Mesopotamia.

1. Kish


2. Nippur


3. Lagash


4. Uruk


5. Ur


6. Eridu


7. Assur


8. Mari

Huraikan petempatan kekal di Mesopotamia.

Negara kota terbahagi kepada pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Terdapat juga pintu gerbang yang melambang kekayaan sesebuah kota. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat.

Apakah keistimewaan negara kota di Mesopotamia?

Negara-negara kota hanya akan bersatu untuk berperang dan menentang musuh.

Huraikan organisasi sosial di Mesopotamia.

Golongan pemerintah


- raja, ketua pendeta, ketua tentera dan orang bangsawan



Golongan rakyat


- artisan, petani, pedagang dan hamba

Huraikan sistem pemerintahan di Mesopotamia.

Berbentuk teokrasi. Raja dianggap sebagai Tuhan, wakil Tuhan atau pemilik negara kota.

Nyatakan peranan raja di Mesopotamia.

1. Ketua pentadbir


2. Ketua tentera


3. Ketua pendeta


4. Ketua agama

Apakah fungsi zigurat?

1. Pusat ibadat


2. Pusat perdagangan


3. Pusat penyimpanan khazanah negara

Jelaskan pengkhususan kerja di Mesopotamia.

Petani meninggalkan pekerjaan untuk menjadi pedagang, peniaga dan artisan. Terdapat juga pembuat tekstil, pengusaha barang tembikar, tukang rumah dan tentera.

Apakah sistem tulisan yang diguna di Mesopotamia?

Tulisan cuneiform / berbentuk pepaku.

Berikan sumbangan tamadun Mesopotamia.

1. Kod undang-undang Hammurabi


2. Kelahiran jurutulis


3. Kewujudan kesusasteraan


4. Perkembangan ilmu astronomi


5. Penciptaan kalendar


6. Perkembangan ilmu perubatan


7. Penciptaan roda


8. Penggunaan roda dalam kapal layar


9. Pembuatan batu bata daripada tanah liat


10. Melahirkan empayar pertama di dunia


11. Pembinaan perpustakaan diraja di Nineveh oleh Ashurbanipal


Apakah peranan jurutulis?

Merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan.

Apakah yang terkandung dalam Epik Gilgamesh?

Falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.

Nyatakan lokasi Mesir Purba.

Di tebing Sungai Nil yang berpunca daripada Sungai Nil Biru (Ethiopia) dan Sungai Nil Putih (Tasik Victoria di Uganda).

Nyatakan 4 zaman di Mesir Purba.

Zaman :-


A wal


P ertengahan


E mpayar


K eruntuhan

Kerajaan apakah yang pernah menguasai Mesir Purba?

1. Kush


2. Assyria


3. Libya


4. Yunani


5. Rom

Huraikan proses pembentukan Mesir Purba.

Beberapa kampung bergabung untuk mewujudkan bandar yang kemudiannya juga bergabung untuk mewujudkan nome atau daerah.

Berikan 6 bandar di Mesir Purba.

1. Thinis


2. Memphis


3. Thebes


4. Heliopolis


5. Fayoum


6. Abydos

Berikan fungsi bandar di Mesir Purba.

1. Tempat kediaman Firaun


2. Pusat pemerintahan dan pentadbiran


3. Pelabuhan


4. Pusat keagamaan


5. Pusat tumpuan penduduk

Huraikan kehidupan berorganisasi di Mesir Purba.

Diketuai oleh firaun yang dianggap berkuasa mutlak, suci dan jelmaan Tuhan Horus. Selepas firaun ialah golongan bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis. Diikuti oleh golongan rakyat bebas iaitu petani, artisan dan pedagang. Lapisan terbawah ialah hamba.

Apakah gelaran firaun pada dinasti ketiga dan keempat di Mesir Purba?

Raja Matahari kerana dipercayai firaun ialah anak Tuhan Matahari iaitu Amon-Re.

Jelaskan sistem pemerintahan di Mesir Purba.

Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan gabenor.


1. Golongan bangsawan - menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan


2. Rahib - mentadbir hal keagamaan


3. Jurutulis - menulis segala rekod kerajaan

Siapakah firaun wanita pertama di Mesir Purba dan apakah sumbangannya?

Firaun Hatshepsut. Beliau membina terusan dan menukarkan padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.

Huraikan pengkhususan kerja di Mesir Purba.

1. Penenunan


2. Pembuatan barang tembikar dan peralatan


3. Perlombongan emas di Nubia


* eksport pertama ialah tekstil dan kertas

Nyatakan kepercayaan yang diamalkan di Mesir Purba.

Politeisme :-


1. Tuhan Matahari - Re


2. Tuhan Langit - Ra-Atum


3. Tuhan Angin - Amun



Kehidupan selepas mati. Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan menunjukkan status mayat.

Apakah sistem penulisan di Mesir Purba dan apakah kegunaannya?

Tulisan hieroglif -> hieratik -> demotik. Untuk tujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan cukai serta tujuan keagamaan dan ritual kepercayaan.

Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba.

1. Pembinaan piramid oleh Imhotep


2. Penggunaan kertas


3. Sistem tulisan hieroglif


4. Sistem pendidikan


5. Perkembangan ilmu perubatan


6. Perkembangan ilmu matematik


7. Sistem kalendar

Siapakah Imhotep dan apakah jasanya?

Saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser. Beliau telah membina Piramid Sakkara yang tertua di dunia untuk Firaun Djoser.

Huraikan sistem pendidikan di Mesir Purba.

Diberi kepada kanak-kanak daripada keluarga atasan untuk melahirkan pegawai kerajaan terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih.



Ilmu geometri, matematik dan sains diajar supaya boleh menguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air Sungai Nil dan pembinaan bangunan serta piramid.

Apakah sumbangan Firaun Senuusret III di Mesir Purba?

a. Membina tembok pengairan sepanjang 123 kilometer untuk menebus guna kawasan padang pasir


b. Membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar.

Di manakah lokasi tamadun Indus?

Terletak di barat laut India dan disaliri oleh Sungai Indus yang berpunca dari Pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab.

Apakah nama lain untuk tamadun Indus?

Tamadun Harappa.

Namakan 2 bandar utama di Indus.

Harappa dan Mohenjo-Daro.

Namakan 2 bandar pelabuhan di Indus.

Lothal dan Sutkagen-Dor.

Bilakah tamadun Indus muncul?

2500 S.M. - 1800 S.M.

Apakah faktor yang menyebabkan kehancuran tamadun Indus?

Serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir, kemarau dan gempa bumi.

Huraikan proses pembentukan tamadun Indus.

Penduduk yang mengamalkan kehidupan nomad dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus. Sungai Indus menyediakan sumber air dan juga telah menyuburkan tanah. Ini telah meningkatkan penghasilan pertanian yang menambahkan jumlah penduduk.

Jelaskan petempatan kekal di tamadun Indus.

Bandarnya dirancang dengan rapi dan sistematik.


Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian :-


a. Pusat pentadbiran, pusat keagamaan dan tempat penyimpanan hasil pertanian


b. Kawasan perumahan

Huraikan perancangan bandar di tamadun Indus.

Blok-bloknya berbentuk segi empat. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan yang terancang. Bandar-bandar juga dihubungkan dengan sungai yang berfungsi sebagai jalan perhubungan.

Huraikan organisasi sosial di tamadun Indus.

Golongan pemerintah - pendeta dan pedagang


Golongan bawah - petani dan buruh


*tiada kewujudan raja

Jelaskan pengkhususan pekerjaan di tamadun Indus.

a. Perdagangan


- perdagangan dengan Mesopotamia


- penemuan cap mohor buatan rakyat Lembah Indus di Mesopotamia


- emas, gading gajah, manik dan hasil pertanian



b. Pertanian


- barli dan kacang



c. Pertukangan dan pembuatan


- artisan terlibat dalam penghasilan barangan logam dan barangan tembikar

Huraikan agama dan kepercayaan di tamadun Indus.

a. Patung proto-Siva


- seseorang duduk bersila dengan stail yoga dan mempunyai 3 tanduk yang melambangkan Dewa Brahma, Vishnu dan Siva.



b. Tuhan Ibu


- melambangkan kesuburan


Apakah sistem tulisan yang digunakan di tamadun Indus?

Tulisan piktograf.

Nyatakan sumbangan tamadun Indus.

1. Perancangan bandar


2. Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu yang tinggi


3. Sifat keterbukaan


4. Sistem kumbahan

Di manakah terletaknya tamadun Hwang Ho?

Di Hwang Ho / Sungai Kuning yang terletak di bahagian utara China. Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di barat ke Teluk Bo Hai di timur.

Apakah ciri-ciri fizikal tamadun Hwang Ho?

Bergunung-ganang dan berpadang pasir.

Huraikan kerangka masa tamadun Hwang Ho.

Perjumpaan tengkorak homo sapien atau Peking Men. Dinasti pertama ialah Dinasti Hsia (no bukti). Dinasti Shang (got bukti) mewujudkan kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang.


Suku kaum Chou mengambil kesempatan untuk menyingkirkan pemerintahan Dinasti Shang dengan pemerintahan Dinasti Chou.

Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho.

Kesuburan tanah menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap. Tapak Banpo merupakan petempatan awal. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian, menternak binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.

Di manakah tamadun Hwang Ho tersebar semasa Dinasti Chou?

Bahagian selatan Sungai Yangtze.

Jelaskan petempatan kekal tamadun Hwang Ho.

Bandar Anyang yang terletak di Sungai Huan. Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran di bandar. Raja, golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar. Bandar dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh. Bandar dikelilingi perkampungan masyarakat petani.

Huraikan organisasi sosial di tamadun Hwang Ho.

1. Raja


2. Golongan bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan


3. Petani, pedagang dan artisan


4. Hamba

Apakah fungsi gangsa di tamadun Hwang Ho?

Menghasilkan senjata, perisai, hiasan pada kereta kuda tentera dan peralatan untuk upacara keagamaan.

Jelaskan pengkhususan pekerjaan di tamadun Hwang Ho.

1. Tentera


- tentera kereta kuda


- tentera berjalan kaki



2. Petani


- memenuhi keperluan golongan atasan



3. Artisan


- mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman & makanan, senjata dan barang tembikar



4. Hamba


- tentera paksaan


- kerja pemburuhan


- tujuan korban dalam upacara penyembahan


Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Shang di tamadun Hwang Ho.

Pemerintahan beraja. Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.



Mandat daripada Tuhan. Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana direstui Tuhan.



Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan dalam pentadbiran. Golongan bangsawan mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran.

Huraikan hak yang dimiliki oleh golongan bangsawan dalam pentadbiran semasa Dinasti Shang di tamadun Hwang Ho.

Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

Jelaskan sistem pemerintahan Dinasti Chou di tamadun Hwang Ho.

Raja Chou dibantu oleh ketua menteri dan enam badan.



Tanah dibahagikan kepada wilayah-wilayah. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang pembesar tempatan.



Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah Chou serta memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.

Nyatakan 6 badan yang menolong Raja Chou di tamadun Hwang Ho.

1. Pertanian


2. Tentera


3. Kerja awam


4. Upacara agama


5. Hal ehwal monarki


6. Undang-undang

Nyatakan agama dan kepercayaan yang diamalkan di tamadun Hwang Ho.

a. Animisme & politeisme


b. Penyembahan roh nenek moyang


c. Penyembahan Shang-ti dan Tu


d. Penyembahan sungai, bukit dan gunung

Apakah fungsi tulang oracle di tamadun Hwang Ho?

Tulang oracle adalah untuk meramal sesuatu keadaan. Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dalam upacara penilikan. Rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

Namakan sistem tulisan yang digunakan di tamadun Hwang Ho.

Tulisan ideogram.

Huraikan sumbangan dari segi politik di tamadun Hwang Ho.

a. Sistem pemerintahan monarki


b. Gelaran raja ditukar kepada maharaja


c. Konsep mandat dari syurga


d. Amalan putaran dinasti

Huraikan sumbangan dari segi ekonomi di tamadun Hwang Ho.

a. Pembinaan sistem pengairan


b. Pembinaan terusan (di Szechwan)


c. Penciptaan cangkul dan sabit


d. Penggunaan batas


e. Alat pertanian besi

Huraikan sumbangan dari segi sosial di tamadun Hwang Ho.

a. Sistem tulisan


b. Pemujaan roh nenek moyang


c. Konsep Yin dan Yang


d. Konsep Feng Hsui


e. Sistem kalendar


f. Falsafah Sun Tzu

Apakah nama dan kandungan karya Sun Tzu?

The Art of War. Mengandungi selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh. Kini digunakan sebagai taktik dalam urusan perniagaan.

Jelaskan konsep Yin dan Yang di tamadun Hwang Ho.

Yin ialah kuasa pasif dan Yang ialah kuasa aktif.

Jelaskan konsep Feng Hsui di tamadun Hwang Ho.

Falsafah Taoisme yang merujuk kepada hubungan antara manusia dengan alam sekitar.