Essay on Financial Development and Economic Growth in Malaysia

3298 Words Mar 24th, 2012 14 Pages
1.0 Pengenalan

Sistem kewangan merupakan satu sistem yang mengandungi institusi perbankan, pasaran kewangan, pengantara kewangan lain seperti dana persaraan dan syarikat insurans. Sebuah badan kawal besar, iaitu bank pusat yang menyelia dan mengawasi operasi pengantara kewangan ini. Ia merupakan satu sektor dalam ekonomi yang menggunakan sumber-sumber produktif untuk memudahkan pembentukan modal melalui peruntukan daripada pelbagai alat-alat kewangan, iaitu memenuhi pelbagai keperluan antara pemberi pinjaman dan peminjam. Maka, sistem kewangan memainkan peranan yang penting dalam mengerahkan(mobilizing), pengantara untuk simpanan(intermediating saving), dan memastikan sumber-sumber ini adalah diperuntukkan dengan cekap kepada
…show more content…
Menyedari kepentingan sektor kewangan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi, sistem kewangan telah mengalami perubahan yang radikal serta kemajuan. Reformasi, liberalisasi dan inovasi dalam sektor kewangan telah menjadi semakin maju, kukuh dan berkembang. Selain itu, Malaysia telah memperkenalkan Pelan Induk Sektor Kewangan(PISK). Pelan Induk Sektor Kewangan(PISK) ini menggariskan empat strategi utama, iaitu pertama, menambahkan keberkesanan dan daya saing institusi kewangan domestik. Kedua, menggalakkan infrastruktur sistem pembayaran yang efisien dan stabil. Ketiga, menggalakkan kestabilan kewangan melalui rangka kerja pengawal seliaan berhemat yang teguh dan risiko terlaras. Keempat, mewujudkan infrastruktur perlindungan pengguna yang efisien dan didorong oleh pasaran. Keempat-empat strategi PISK tersebut akan menyebabkan landskap sektor kewangan pada masa hadapan bercirikan sektor kewangan yang semakin pelbagai untuk memenuhi keperluan sektor ekonomi yang berubah-ubah. Usaha kerajaan tersebut adalah selaras dengan matlamat utama negara untuk memodenkan sistem kewangan negara yang berupaya menyumbang kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dalam masa jangka panjang.

2.0 Kemunculan Pasaran Kewangan Dan Pengantara Kewangan

Pengantara kewangan muncul terutamanya disebabkan maklumat dan kos urus niaga. Dalam sebuah ekonomi, terdapat ejen-ejen mungkin mempunyai dana tambahan, manakala sesetengah pengusaha akan mengalami kekurangan dana untuk

Related Documents