• Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

Card Range To Study

through

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/57

Click to flip

Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;

Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;

H to show hint;

A reads text to speech;

57 Cards in this Set

  • Front
  • Back

Namakan 2 bahagian di Asia Tenggara.

Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.

Namakan kerajaan-kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara.

1. Funan


2. Chenla


3. Angkor


4. Sukhotai


5. Ayuthia

Namakan 2 bahagian Kepulauan Asia Tenggara.

Kepulauan Melayu (Tanah Melayu) dan Kepulauan Indonesia.

Namakan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu.

1. Kedah Tua


2. Gangga Negara


3. Langkasuka

Namakan kerajaan-kerajaan di Kepulauan Indonesia.

1. Srivijaya


2. Majapahit


3. Singhasari


4. Mataram

Namakan 2 kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara.

Kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.

Di manakah lokasi kerajaan agraria?

1. Lembah sungai


- kawasan pertanian yang subur



2. Kawasan pedalaman


- kawasan berbukit dan lereng tanah gunung berapi

Berikan contoh kerajaan agraria di lembah sungai.

1. Kerajaan Dvaravati


- Sungai Menam (Thailand)


- Sungai Irrawaddy (Myanmar)



2. Kerajaan Sungai Merah


- Vietnam



3. Kerajaan Sungai Mekong


- Kemboja


- Laos


- Vietnam

Berikan contoh kerajaan agraria di kawasan pedalaman.

Kerajaan Taruma


- Tanah Tinggi Dieng (Indonesia)

Berikan contoh kerajaan agraria awal yang terkenal.

1. Sailendra (Jawa Tengah)


2. Angkor (Kemboja)


3. Sukhotai (Thailand)

Berikan contoh kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim.

Kerajaan Funan.

Nyatakan 3 kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan agraria.

1. Pertanian


2. Penternakan


3. Pemungutan hasil hutan dan sungai

Namakan 2 jenis padi dan kawasan penanamannya.

Padi sawah


- lembah sungai kerana mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman padi sawah



Padi huma


- kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung

Berikan contoh tanaman sampingan yang diusahakan oleh masyarakat agraria.

a. Jagung


b. Pisang


c. Keledek


d. Sayur-sayuran

Berikan 2 jenis rempah yang dihasilkan oleh masyarakat agraria.

Cengkih dan lada hitam.

Berikan contoh binatang yang diternak oleh masyarakat agraria.

- lembu


- kerbau


- kambing


- ayam

Berikan contoh hasil yang dikumpulkan oleh masyarakat agraria.

1. Hasil hutan


- kayu gaharu


- kapur barus


- tanduk


- gading


- damar


- kayu cendana


- buah-buahan



2. Sarang burung (perdagangan)



3. Kulit kura-kura



4. Ikan (sawah, paya, sungai)

Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan pertanian oleh masyarakat agraria? Berikan contoh.

Pembinaan sistem pengairan yang baik. Perkembangan pertanian di Funan dan Angkor disebabkan oleh sumber air dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.

Apakah sumbangan Raja Indravarman I kepada kerajaan agraria?

Beliau telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 ekar.

Huraikan faktor lokasi yang menyebabkan kerajaan Angkor menjadi kerajaan agraria yang kuat dan agung.

Kerajaan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap. Tanah di sekitarnya amat subur dan mempunyai iklim panas lembab sepanjang tahun yang sesuai untuk penanaman padi. Tasik Tonle Sap juga merupakan sumber ikan air tawar kepada kerajaan Angkor.

Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap.

1. Sumber air minuman


2. Limpahan air dari Sungai Mekong ke Tasik Tonle Sap semasa musim banjir


3. Kawasan sekitar Tasik Tonle Sap menjadi subur pada musim kemarau kerana lumpur yang subur


4. Sumber protein


5. Mengairi kawasan penanaman padi


6. Menampung keperluan penanaman padi

Apakah kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan maritim?

Kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan, serta berfungsi sebagai pelabuhan.

Di manakah lokasi kerajaan maritim?

Berhampiran dengan kawasan di pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.

Berikan contoh dan lokasi kerajaan maritim.

1. Kerajaan Srivijaya


- Sungai Musi



2. Kerajaan Kedah Tua


- Sungai Merbok


- Sungai Muda



3. Kerajaan Tiumah


- Pulau Tioman (Pahang)

Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan maritim pada peringkat awal?

1. Menangkap ikan


2. Memungut hasil laut


3. Melombong bijih logam (emas dan timah)


4. Berdagang

Apakah peranan pelabuhan pembekal?

Membekalkan emas, timah dan hasil hutan serta bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Berikan contoh pelabuhan pembekal.

1. Jenderam Hilir dan Klang (Selangor)


2. Kuala Berang (Kuala Terengganu)


3. Kuala Selinsing (Perak)


Berikan contoh pelabuhan kerajaan.

1. Champa


2. Kedah Tua


3. Langkasuka


4. Srivijaya

Berikan contoh pelabuhan entrepot.

Kedah Tua dan Srivijaya


- terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda di laluan perdagangan antara China dan India.

Siapakah penduduk kerajaan maritim?

1. Orang tempatan


2. Orang laut


3. Pedagang luar

Apakah bahasa yang digunakan oleh kerajaan maritim?

Bahasa Melayu (lingua franca).

Huraikan kemahiran penduduk kerajaan maritim.

Mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar. Perahu digunakan untuk perdagangan jarak dekat. Kapal layar digunakan untuk perdagangan jarak jauh. Kaedah berpandukan bintang langit digunakan untuk menuju ke sesuatu tempat.

Nyatakan semangat yang harus dimiliki oleh generasi muda.

Semangat meneroka.

Nyatakan ciri-ciri kerajaan Srivijaya.

1. Memiliki bala tentera yang besar


2. Kedudukan yang strategik di Selat Melaka


3. Dikenali kerana mampu menghasilkan kapal besar

Apakah yang menyebabkan perkembangan kerajaan Kedah Tua?

1. Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk


2. Kedudukannya di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur


3. Kemudahan menyimpan barang dagangan seperti damar, rotan dan timah.

Huraikan bukti bahawa kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bekerjasama.

1. Kerajaan agraria seperti Sailendra membekalkan beras kepada kerajaan maritim untuk dijadikan barang dagangan.


2. Kerajaan agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari China dan India.


3. Kerajaan maritim memerlukan tukang kayu dan tukang batu dari kerajaan agraria.

Nyatakan cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.

1. Ksyatria atau tentera


2. Vaisya atau pedagang


3. Brahmin atau pendeta


4. Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja

Apakah peranan raja?

Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara.

Mengapakah rakyat takut untuk menderhaka kepada raja?

Wujudnya kepercayaan bahawa raja ialah bayangan tuhan. Lahirlah konsep dewa-raja dan raja juga dipercayai mempunyai kuasa kesaktian.

Apakah yang dimaksudkan dengan orde kosmos?

Negara dianggap sebagai suatu alam semesta. Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan.

Jelaskan sistem pemerintahan kerajaan Angkor.

Raja dianggap sebagai raja dewa. Raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim. Golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan.


* Raja Suryavarman II telah membina Angkor Wat untuk melambangkan orde kosmos.

Huraikan pentadbiran pusat di Srivijaya.

Terdapat empat kumpulan anak raja iaitu yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. Seorang dari tiga orang anak raja tersebut boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana dia anak gundik.


Di bawah anak raja ialah parvanda ataupun senapati iaitu ketua pentadbiran pusat. Di bawah parvanda ialah hakim, temenggung dan penghulu. Hamba raja merupakan golongan terbawah.

Huraikan pentadbiran daerah datu Srivijaya.

Daerah ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja. Datu dibahagikan kepada dua yang digelar parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (bukan berketurunan raja/orang-orang kaya).

Berikan maksud monumen.

Monumen ialah binaan atau bangunan yang diperbuat daripada batu dengan tujuan memperingati seseorang atau peristiwa penting.

Berikan contoh monumen.

1. Candi iaitu kuil


2. Stupa atau wat


3. Arca


4. Patung

Apakah kegunaan candi?

1. Monumen keagamaan


2. Tempat beribadat


3. Tempat menyimpan abu jenazah raja


4. Tempat menyimpan patung dewa utama


5. Melambang keagungan seseorang pemerintah

Berikan contoh candi.

1. Angkor Wat


2. Candi Borobudur


3. Candi Dieng


4. Candi Prambanan

Berikan contoh patung Buddha.

Patung Avalokitesvara.

Berikan contoh patung Hindu.

1. Visnu


2. Siva


3. Brahma


4. Lingga


5. Durga

Apakah nama patung yang menjaga candi daripada dimasuki oleh roh jahat?

Drawapala dan Nandiswara.

Berikan dua jenis pengaruh kesenian.

1. Abad ketiga hingga kelima


- Amaravati


2. Abad kelima hingga ketujuh


- Dinasti Gupta

Huraikan ciri-ciri Angkor Wat.

1. Melambangkan orde kosmos


2. Terletak enam kilometer ke utara Siem Reap


3. 213 meter tinggi


4. 208 hektar luas


5. Tempat pemujaan di bahagian tengah iaitu 39 meter tinggi dengan teres bertingkat empat


6. Setiap sudut mempunyai menara


7. Tembok besar yang diperbuat daripada batuan laterit dan batu pasir (850 meter lebar dan 1000 meter panjang)


8. Terdapat ukiran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata


9. Dibina untuk agama Hindu


Berikan ciri-ciri Candi Borobudur.

1. Terletak di Jawa Tengah


2. Mewakili agama Buddha


3. Terbahagi kepada 3 tingkat


4. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha


5. Terdapat ukiran yang melambangkan cerita Gautama Buddha di tingkat pertama


6. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna (ajaran Buddha)


7. Dibina dalam tempoh 75 tahun

Nyatakan 2 bentuk candi.

1. Vimana-mandapa (Hindu)


- Vimana : bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan


- Mandapa : bahagian luar candi


2. Cruciform (Buddha)

Apakah yang terkandung dalam batu bersurat?

1. Agama


2. Pemerintahan


3. Raja


4. Undang-undang

Berikan contoh lokasi batu bersurat dijumpai.

1. Kutei


- keturunan raja


2. Sungai Mas (Kedah Tua)


- agama Buddha


3. Palembang


- amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka kepada raja

Berikan contoh naskhah yang diadun dengan unsur tempatan.

1. Mahabharata


- Hikayat Pendawa Lima


- Hikayat Pendawa Jaya


- Hikayat Sang Samba


2. Ramayana


- Hikayat Seri Rama