• Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

Card Range To Study

through

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/69

Click to flip

Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;

Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;

H to show hint;

A reads text to speech;

69 Cards in this Set

  • Front
  • Back

Apakah maksud peningkatan tamadun?

Peningkatan tamadun merujuk kepada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran untuk membentuk kehidupan yang lebih maju dan kompleks daripada yang terdapat sebelum itu.

Di manakah terletaknya tamadun Yunani?

Di Semenanjung Greece dan pulau-pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.

Bilakah tamadun Yunani terbentuk?

1000 S.M. - 800 S.M.

Huraikan proses pembentukan tamadun Yunani.

Gabungan beberapa buah kampung dan bandar yang dikenali sebagai negara kota atau polis.

Huraikan 3 kawasan dalam sebuah polis.

1. Acropolis


- bangunan kerajaan dan keagamaan



2. Agora


- tempat pertemuan atau mesyuarat rakyat dan pusat ekonomi



3. Kawasan pertanian


- di luar kota

Apakah yang boleh didapati dalam sebuah kota?

Pasar, kubu, kuil dan istana.

Namakan 3 negara kota dalam tamadun Yunani.

Athens, Sparta dan Corinth.

Huraikan sistem pemerintahan yang diamalkan di Athens dalam tamadun Yunani.

1. Monarki / beraja


- raja dibantu oleh konsul


- raja ialah ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama



2. Oligarki


- beberapa orang konsul daripada golongan kaya



3. Aristokrasi


- aristokrat iaitu golongan bangsawan yang kaya



4. Tirani


- diktator (golongan kaya atau tentera)


- golongan yang tidak puas hati dan menuntut hak



5. Demokrasi

Jelaskan sistem demokrasi di Athens dalam tamadun Yunani.

Dewan Perhimpunan


- warganegara lelaki dewasa diberi peluang menganggotai Dewan Perhimpunan antara 6 bulan - 12 bulan


- bersidang 3 kali dalam sebulan


- setiap ahli boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan



Majlis


- mengendalikan keputusan Dewan Perhimpunan



* Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan dan Dewan mempunyai kuasa penuh terhadap ketiga-tiganya.

Jelaskan perbezaan antara sistem demokrasi yang diamalkan di Athens dan Malaysia.

Athens


- berbentuk penyertaan langsung kerana warganegara lelaki terlibat dalam membentuk kerajaan melalui undian dan berpeluang menganggotai Dewan Perhimpunan



Malaysia


- berbentuk penyertaan tidak langsung iaitu demokrasi berparlimen kerana rakyat memilih wakil mereka melalui pilihan raya dan wakil ini yang menganggotai Dewan Rakyat

Huraikan sistem pemerintahan yang diamalkan di Sparta dalam tamadun Yunani.

Sistem pemerintahan tentera


- anak lelaki dilatih dari awal untuk menjadi askar yang baik


- melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi lagi handal

Apakah yang telah dikatakan oleh Plato dalam bukunya Republic?

Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang.

Apakah yang telah dilakukan oleh pemerintah untuk meluaskan kuasanya di tamadun Yunani?

Philip II


- kerajaan Macedonia dan Yunani telah disatukan



Alexander the Great


- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan seluruh kawasan Laut Mediterranean


- penyebaran kebudayaan Hellenistik iaitu campuran antara kebudayaan Yunani, Parsi dan timur yang lain

Huraikan peningkatan ekonomi di tamadun Yunani.

Bertumpu pada aktiviti perdagangan (kecuali Sparta) kerana muka bumi yang bergunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. Perdagangan di pesisir pantai seperti Mesir, Syria dan Phoenecia.



Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan akibat kekurangan tanah untuk pertanian. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di selatannya dan Laut Hitam. Athens menjadi pusat pengumpulan barang.



Perdagangan dikenakan cukai dan menyebabkan kenaikan harga barang. Rakyat Yunani berpindah ke tempat lain seperti Alexandria pada Zaman Graeco-Rom.

Apakah tujuan pendidikan di Athens dalam tamadun Yunani?

Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.

Apakah tujuan pendidikan di Sparta dalam tamadun Yunani?

Melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya.

Namakan orang penting yang dilahirkan di Athens dalam tamadun Yunani.

a. Thucydides


b. Herodotus


c. Thales


d. Anaximander


e. Heraclitus


f. Anaxagoras

Siapakah ahli falsafah?

Manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam di sekitar mereka.

Namakan ahli falsafah di tamadun Yunani.

a. Herodotus


b. Socrates


c. Aristotle


d. Plato


e. Thucydides

Apakah falsafah di tamadun Yunani?

Persoalan tentang nilai individualisme, kehidupan manusia dan demokrasi merupakan isu utama.

Nyatakan karya ahli falsafah di tamadun Yunani.

a. Herodotus - History of Persian Wars


b. Thucydides - History of Peloponnesian War


c. Aristotle - Politics (cara berfikir yang teratur)

Huraikan perkembangan sains dan teknologi di tamadun Yunani.

a. Thales


- tokoh matematik yang mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba



b. Pythagoras


- memperkenalkan Teorem Pythagoras


- mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon



c. Hippocrates


- Bapa Perubatan



d. Archimedes


- ahli matematik dan fizik


- isi padu air dan graviti



e. Ptolemy


- bidang astronomi Yunani

Nyatakan seni bina yang boleh dijumpai di tamadun Yunani.

a. Acropolis


- tujuan keagamaan


- pusat kegiatan



b. Parthenon


- rumah berhala untuk Dewi Athena


- mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia

Namakan dua tokoh sastera dan karya mereka yang boleh didapati dalam tamadun Yunani.

a. Hesiod


- Theology


- Works and Days



b. Homer


- Iliad


- Odyssey

Huraikan sistem sosial di tamadun Yunani.

Athens


1. Warganegara


2. Penduduk bukan warganegara


3. Hamba



Sparta


1. Warganegara Sparta tulen


2. Para pekerja, artisan dan pedagang


3. Helot


- mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti

Nyatakan lokasi tamadun Rom.

Kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di Lembah Latium.

Huraikan fungsi majlis pembandaran di tamadun Rom.

Menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh pentadbiran pusat di Rom. Membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di bandar.

Apakah tujuan sistem saliran di Pompei di tamadun Rom?

a. Diberikan kepada penduduk semasa waktu aman dan peperangan


b. Perindustrian


c. Pengangkutan

Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan di tamadun Rom.

1. Sistem beraja


- diperintah oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal daripada kalangan masyarakat Latin tempatan secara mutlak


- masyarakat Latin dengan pimpinan golongan bangsawan iaitu patrician memberontak.



2. Sistem republik


- kuasa tertinggi pada dua orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat


- konsul dibantu oleh Dewan Senat iaitu golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan


- seseorang ialah praeotor (pemerintah tentera) sebelum menjadi konsul


- Dewan Perhimpunan di bawah Dewan Senat yang diwakili oleh rakyat lelaki Rom


- keputusan Dewan Senat disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan

Apakah maksud sistem republik?

Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh presiden.

Apakah sistem pemerintahan yang digunakan oleh Julius Caesar di tamadun Rom?

Sistem pentadbiran berpusat iaitu kesan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluki.


- Julius Caesar menjadi diktator


- menguasai angkatan tentera dan Senat


- menggunakan gelaran maharaja

Apakah sumbangan Augustus Caesar dalam sistem pemerintahan di tamadun Rom?

Beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom. Zaman keagungan ini dikenali sebagai Pax Romana (keamanan Rom). Beliau membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa (Asia, Afrika, Eropah).

Huraikan sistem perundangan di tamadun Rom.

1. Hukum Kanun 12


- dipahat pada Papan Dua Belas


- diletakkan di tempat awam untuk tatapan rakyat



2. Kod undang-undang Rom / Undang-undang Justinian


- dikumpulkan, disatukan dan dibukukan oleh Maharaja Justinian

Huraikan perluasan kuasa yang berlaku di tamadun Rom.

Augustus Caesar berjaya menubuhkan sistem empayar iaitu mewajibkan sistem pemerintahan warisan. Empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, Danube, Laut Hitam dan Macedonia.

Jelaskan sistem pendidikan di tamadun Rom.

Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom yang menyebabkan Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam.



Pendidikan ini telah melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya. Ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom juga dilahirkan.

Apakah falsafah yang boleh didapati di tamadun Rom?

Falsafah stoik atau stoisisme oleh ahli falsafah Yunani, Zeno. Falsafah itu mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungannya dengan alam. Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan. Ahli falsafah mengajar manusia untuk berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu.

Namakan seorang tokoh yang menyumbang kepada perkembangan sains dan teknologi di tamadun Rom.

Boethius ialah ahli matematik Rom yang mengaitkan matematik dengan muzik, geometri dan astronomi.

Berikan contoh seni bina yang boleh didapati di tamadun Rom.

1. Pantheon


- tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam



2. Colloseum


- dibina oleh Maharaja Flavian


- tempat pahlawan Rom bertarung


- teater



3. Aqueduct


- saluran air


- saluran dalam tanah


- saluran dalam pintu gerbang


- berasaskan sistem graviti


- aqueduct terpanjang di Marcia

Namakan dua orang penulis dan penyajak di tamadun Rom.

Cicero dan Virgil.

Apakah tujuan kesusasteraan di tamadun Rom?

Meningkatkan semangat patriotisme.

Huraikan sistem sosial di tamadun Rom.

1. Warganegara


2. Bukan warganegara


3. Hamba

Apakah yang menyebabkan keruntuhan tamadun India?

Kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus iaitu Zaman Vedik.

Apakah Zaman Vedik?

Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat orang Aryan kerana kelahiran agama Hindu.

Huraikan dua bentuk kerajaan di tamadun India pada tahap awal pembentukannya.

a. Kerajaan kecil / janapada


- bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja



b. Kerajaan besar / mahajanapada


- diketuai oleh raja


- kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha

Bagaimanakah Chandragupta Maurya membentuk empayarnya di tamadun India?

Dengan menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India.

Huraikan kejayaan Asoka di tamadun India.

Asoka menamatkan Perang Kalinga dan menakluki negeri Kalinga. Beliau lebih menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan tidak menerusi ketenteraan. Membentuk birokrasi pentadbiran.

Apakah kitab undang-undang Hindu yang paling tua dalam tamadun India?

Kitab Dharma Sastra.

Huraikan peranan penting dalam perundangan di tamadun India.

Raja


- memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang



Golongan Brahmin


- mahir tentang hukum-hakam terutama yang berkaitan dengan keagamaan

Huraikan perundangan pada zaman Dinasti Maurya di tamadun India.

Undang-undang disampaikan sebagai titah dan perintah diraja. Titah perintah diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan dan dikenali sebagai Tiang Asoka. Asoka berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat.

Apakah faktor kejayaan perluasan kuasa Dinasti Maurya di tamadun India?

Pasukan tentera besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10000 orang infantri.

Nyatakan kawasan yang telah ditakluki semasa Dinasti Maurya di tamadun India.

Chandragupta Maurya


- India Utara


- Punjab


- Seleucid



Bindusara


- Mysore di bahagian selatan India



Asoka


- seluruh India

Nyatakan pusat perdagangan penting di tamadun India.

Anga, Kalinga dan Karusa menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara.

Nyatakan pelabuhan penting di tamadun India.

Tamralipti, Ghantashala dan Kadura di timur. Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay di barat.

Apakah fungsi sresthin di tamadun India?

- persatuan perdagangan dan perusahaan


- untuk mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja

Nyatakan barangan yang diusahakan di tamadun India.

a. Sutera (Bengal dan Benares)


b. Emas


c. Mutiara


d. Batu permata

Mengapakah cukai dikenakan di tamadun India?

Untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

Jelaskan sistem pendidikan di tamadun India.

Mementingkan agama dan agama Hindu menjadi teras. Hanya diberi kepada golongan lelaki. Pembelajaran kitab-kitab Veda. Kaedah hafalan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

Apakah nama universiti agama Buddha di tamadun India?

Nalanda.

Apakah tujuan pendidikan di tamadun India?

- meningkatkan ilmu sains


- menambahkan ilmu


- mengatasi buta huruf


- mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

Huraikan 2 jenis falsafah di tamadun India.

1. Bersumberkan Veda


a. Kitab Veda


- Rig Veda


- Yajur Veda


- Sama Veda


- Atharva Veda



b. Sumber falsafah dalam Veda


- Upanishad


- Mahabharata


- Bhagavad Gita



2. Carvaka, Jainisme dan Buddhisme

Huraikan perkembangan sains dan teknologi di tamadun India.

a. Pengetahuan astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda


b. Pengenalan sistem nombor iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti


c. Perkembangan ilmu perubatan kerana fisiologi yang berkaitan dengan yoga


d. Ilmu pelayaran meningkat dengan penciptaan layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar

Huraikan seni bina yang boleh didapati di tamadun India.

a. Binaan the Great Bath


b. 20 buah kuil di Gua Ajanta


c. 28 buah kuil di Gua Ellora

Jelaskan dua kelompok masyarakat dan bahasa yang mereka guna di tamadun India.

Dravidia (selatan India)


- Telegu


- Malayalam


- Kannada



Indo-Arya


- Hindi


- Urdu


- Punjabi


- Kasmiri

Huraikan sastera agama Hindu dan Buddha yang boleh didapati di tamadun India.

Mahabharata


- peperangan antara tentera yang baik dan tentera yang jahat



Ramayana


- inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan Raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita

Huraikan sistem sosial di tamadun India.

Sistem kasta


- Brahmin (pendeta)


- Ksyatria (tentera)


- Vaisya (pedagang)


- Sudra (hamba)

Di manakah lokasi tamadun China?

Lembah Hwang Ho ke bahagian selatan China.

Siapakah pengasas Dinasti Chin di tamadun China?

Maharaja Shih Huang Ti.

Huraikan sistem pemerintahan di tamadun China.

Sistem feudal mengubah menjadi sistem pentadbiran berpusat.


Sistem pentadbiran atau birokrasi awam terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Pelantikan dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu.

Huraikan sistem perundangan di tamadun China.

Berteraskan hukuman berat dan bercorak kolektif. Falsafah legalisme. Undang-undang digubal oleh Han Fei Tzu. Hanya undang- undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Rasa belas kasihan tidak harus wujud.