• Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

Card Range To Study

through

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/30

Click to flip

Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;

Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;

H to show hint;

A reads text to speech;

30 Cards in this Set

  • Front
  • Back

Air yang dingin juga dapat memadamkan api

Perkataan yang lembut juga yang dapatmedinginkan hati orang yang sedang marah.

Baik membawa resmi ayam betina

Seseorang itu hendaklah selalu merendah diri dalam tutur kata dan perbuatan supaya tidak dibenci oleh orang lain dan selamat dalm hidup

Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

Cerdik dan Rajin

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Sesusah-susah orang yang melihat penderitaan seseorang itu tentulah tidak sama dengan penaggungan orang yang menderita itu sendiri

besar kapal, besar gelombang

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, maka makin besar pula tanggungjawabnya

Biduk lalu kiambang bertaut

Lebih baik jangan dicampuri perselisihan orang yang bersanak saudara kerana akhirnya mereka akan berbaik semula

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

Perselisihan dalam kalangan kaum keluarga sendiri ajhirnya akan berbaik-baik semula

Cubit paha kanan, aha kri pun terasa juga

Penganyiaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga lain

Genggam bara api biar sampai jadi arang

Membuat sesuatu pekerhaan yang sukar hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan

harapkan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, baran yang tersedia dilepaskan

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

a) Pembahagian yang sama rata dan adil


b) Sama-sama menikmati kesenangan dan kesusahan

Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa

Seseorang yang hidup di dunia ini mestilah berbuat baik untuk diri sendiri dan juga berjasa kepada orang lain

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

Walau bagaimana mewah atau makmur sekalipun negeri orang, negeri sendiri juga yang lebih baik

Jauhari juga yang mengenal manikam

orang yang biijaksana jua yang mengetahui keelokan ilmu menhargai sifat yang mulia dan dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang

Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

Orang yang mulia tetap mulia walau ke mana jua dia berada

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

Tidak akan tercapai cita-cita tanpa usaha yang gigih

Jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

Orang besar atau mulia tidak akan hilang martabnya jika merendahkan dirinya sekalipun

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai

Kerbau dipegang pada talinya; manusia dipegang pada janjinya

Manusia yang jujur akan sentiasa dipercayai oleh orang kerana dia tidak akan mungkir janji

Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan


Dalam percakapan dan tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya

Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya

lain negeri lain adat, resam dan cara pemerintahannya

Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan

Manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan

Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya

Sekali air bah, sekali pasir berubah

Apabila bertukar ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara, maka cara hidup pun berubah juga

Seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi

Semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong)

Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

Tidak berguna menasihati orang lain, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatkannya itu

Seperti tikus jatuh ke beras

a) orang yang dapat kedudukan yang mewah


b) Seseorang yang beroleh kekayaan atau keuntungan tetapi tidak mahu menceritakannya kepada orang lain

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa

Takut titik lalu tumpah

Hendaklah mengelakkan kerugian kecil akhirnya dapat kerugian besar

Umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau

Pendiam tetapi cekap bekerja dan pintar