• Shuffle
    Toggle On
    Toggle Off
  • Alphabetize
    Toggle On
    Toggle Off
  • Front First
    Toggle On
    Toggle Off
  • Both Sides
    Toggle On
    Toggle Off
  • Read
    Toggle On
    Toggle Off
Reading...
Front

Card Range To Study

through

image

Play button

image

Play button

image

Progress

1/3

Click to flip

Use LEFT and RIGHT arrow keys to navigate between flashcards;

Use UP and DOWN arrow keys to flip the card;

H to show hint;

A reads text to speech;

3 Cards in this Set

  • Front
  • Back
Mendarabkan integer

Pendaraban suatu integer dengan integer positif adalah penambahan yang berulang-ulang integer tersebut.
Contoh 1
Cari hasil darab yang berikut:

25 x (-4)
Jwb:
(+) x (-) = -
= - (25 x 4)
= -100

(-15) x (-6)
Jwb:
(-) x (-) = +
= + (15 x 6)
= 90

(-18) x 0
Jwb:
= 0

4 x (-2) x (-3)
Jwb:
= 4 x [(-2) x (-3)]
(-) x (-) = +
= 4 x 6
= 24

(-7) x 3 x (-4)
Jwb:
= [(-7) x 3] x (-4)
(-) x (+) = -
= (-21) x (-4)
(-) x (-) = +
= 84

Contoh 2
Paras air di empangan menurun 5cm setiap hari. Berapakah jumlah penurunan paras air selepas 17 hari?
Jwb:
Tahap penurunan air dalam sehari = 5 cm [ditulis sebagai -5 cm]
Tahap penurunan air selepas 17 hari = 17 x (-5 cm) = -85 cm
Jumlah penurunan paras air selepas 17 hari adalah 85 cm.
Pembahagian integer

Pembahagian integer dengan integer positif adalah satu proses perkumpulan yang sama atau perkongsian.

Pembahagian integer negatif oleh integer negatif adalah juga satu proses perkumpulan yang sama.
Contoh 1
Cari hasil bahagi yang berikut:

(-30) ÷ 6
Jwb:
(-) ÷ (+) = -
(-30) ÷ 6 = -5
50 ÷ (-10)
Jwb:
(+) ÷ (-) = -50 ÷ (-10) = -5
(-84) ÷ (-7)
Jwb:
(-) ÷ (-) = +
(-84) ÷ (-7) = 12

Contoh 2
Harga satu saham jatuh dari 132 sen kepada 45 sen dalam 3 hari. Kira purata kejatuhan harga saham setiap hari.
Jwb:
Kejatuhan harga dalam 3 hari = (132 - 45) sen = 87 sen
[perubahan harga = -87 sen]
Kejatuhan harga dalam 1 hari = 87 sen ÷ 3 = 29 sen
Oleh itu, purata kejatuhan harga saham setiap hari adalah 29 sen.
Operasi Bergabung - Integer

Melaksanakan pengiraan yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian integer, termasuk penggunaan kurungan.
Contoh 1:
Selesaikan yang berikut:
-52 ÷ 13 - 16 x 6
Jwb:
Kira dari kiri ke kanan: ÷ dan x dilakukan dahulu.
= -52 ÷ 13 - 16 x 6
= -4 - 96
= -100

63 ÷ (13 - 4) x (-2)
Jwb:
Pertama, selesaikan dalam kurungan dahulu. (13 - 4) dilakukan terlebih dahulu.
= 63 ÷ 9 x (-2)
Selesaikan dari kiri ke kanan.
= 63 ÷ 9 x (-2)
= 7 x (-2)
= -14

[(909 - 99) + (-90)] ÷ 80
Jwb:
Selesaikan (909 -99) terlebih dahulu.
= (810 - 90) ÷ 80
= 720 ÷ 80
= 9

Contoh 2:
Seorang penjaja buah-buahan membeli 3 kotak epal. Setiap kotak mengandungi 84 biji epal. Pada hari yang sama, beliau kemudiannya menjualkan separuh daripada epal pada RM1.20 sebiji dan satu perempat daripadanya dijual pada harga RM0.90 sebiji. Berapakah hasil jualan penjaja tersebut pada hari itu?

Jwb:
Jumlah buah epal = 84 x 3 = 252

½ daripada jumlah epal tersebut = 252 ÷ 2
= 126

¼ daripada epal tersebut = 252 ÷ 4
= 63

Oleh itu, hasil jualan penjaja tersebut pada hari itu adalah;
= (126 x RM1.20) + (63 x RM0.90)
= RM151.20 + RM56.70
= RM207.90