Tony Fernandes Strength Essay

1833 Words Nov 29th, 2010 8 Pages
2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN NASIONALISME 2.1 Faktor Luaran
Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga faktor luaran. Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu. Faktor-faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat nasionalisme orang Melayu. Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani,
…show more content…
Turut bermatlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat. Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri, terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah. itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama islam.Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka berusaha menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam. Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda. Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah

Related Documents