Essay on Sinopsis Ranjau Sepanjang Jalan

1071 Words Dec 30th, 2015 5 Pages
Bab 1.
Pengarang memperkenalkan keluarga Lahuma. Isterinya Jeha. Anaknya Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah. Lahuma dan jeha berpegang kpd kepercayaan bahawa susah senang hidup ditentukan oleh tuhan. Lahuma risau cucu cicitnya akan mengemis akibat pembahagiaan tanah sawah. Lahuma sudah merancang-rancang untuk turun ke sawah kerana musimnya sudah tiba. Dia teringat akan kejadian serangan ketam putih dan lintah gajah.

Bab 2.
Lahuma menetapkan untuk membahagikan 14 relung sawah itu kepada padi Malinja, Siam, Serindit dan pulut. Dia juga mempunyai kerisauan akan berulangnya kejadian serangan ketam dan buruk tiak. Lahuma berangan-angan membunuh lintah akan kerara mereka bakal mencederakan dirinya serta keluarganya. Dia berdoa
…show more content…
Bab 6.
Hari hujan. Jeha mentafsirkannya sebagai petanda buruk. Sedang perhatikan Lahuma menajak, tiba-tiba Lahuma terjatuh ke dalam air. Suasana menjadi cemas. Kaki Lahuma tertikam oleh duri nibung. Menjadi nanah sudah luka di kaki Lahuma. Disuruh Jeha dan anak-anaknya saja yang turun ke bendang. Jeha befikir baik dirinya yang terkena duri kerana hanya Lahuma yang mampu menyiapkan semua 14 relung sawah. Di suatu pagi, Lahuma berkeras mahu turun ke sawah. Lahuma pulang ke rumah akan kerana kesakitan yang amat tanpa pengetahuan anak bini. Lahuma risau akan anak bininya tidak mampu menjaga sawah. Lahuma cuba mengorek keluar nanah di kakinya dengan hiris kakinya dgn pisau cukur. Lahuma menjadi sangat lemah. Kemudian tersepak pula tiang. Lahuma mahu minta pertolongan tuk penghulu tapi Jeha yakin dia tidak akan bantu. Lawat lahuma yang sakit pun tidak.

Bab 7.
Disawah, Jehan mengarahkan Milah pulang ke rumah dan menjaga bapanya. Jeha terlihat traktor Tuk Penghulu. Kini tinggal lagi 7 petak belum siap diikerjakan. Bengkak kaki Lahuma semakin parah. Melarat pula kepada penyakit busung. Jeha berhenti turun ke sawah. 3 hari berlalu, Lahuma tidak pula boleh bercakap. Suatu malam, ramai dtg menjenguk Lahuma termasuk tuk penghulu. Namun dia di sana hanya berkata besar akan traktornya. Namun secara tiba-tiba dia menawarkan traktornya bagi kegunaan sawah Jeha. Jeha mahu kongsi kegembiraan bersama

Related Documents