Essay on Mencari Definisi Ekonomi Islam

2856 Words Apr 10th, 2014 12 Pages
Mencari Definisi Ekonomi Islam
PENDAHULUAN

Dewasa ini masyarakat Islam Malaysia semakin peka dengan isu yang melibatkan permasalahan hukum dalam kehidupan harian. Peningkatan ini boleh dilihat dengan ketara melalui penglibatan persatuan-persatuan pengguna Islam yang membangkitkan isu-isu berkaitan. Selain itu keprihatinan masyarakat Islam dalam memilih produk berlogo halal juga boleh dijadikan kayu pengukur yang tersendiri. Dalam hal ini, kita boleh lihat pendirian Persatuan Pengguna Islam dalam berhadapan dengan isu kilang membuat mi di Pulau Pinang sedikit masa lalu. Hal ini telah memberi gambaran bahawa tahap kesedaran masyarakat Islam di Malaysia semakin meningkat hari demi hari.

Pada masa yang sama, produk kewangan Islam sudah
…show more content…
Ironinya ekonomi Islam yang dicanang oleh sesetengah sarjana Islam hari ini masih mengeluarkan bunyi senada dengan gendang fahaman yang dimainkan oleh Barat. Perbincangan ilmu hanyalah bersandarkan kepada kemampuan akal manusia yang terbatas. Selain itu apa yang mereka lakukan hanyalah menokok tambah di bahagian tertentu agar ia kelihatan lebih Islamik. Sudah tentu hal ini tidak memandai dalam usaha mencapai keredhaan Allah melalui ekonomi.

Ekonomi kontemporari

Barangkali ada baiknya kita bincangkan terlebih dahulu perihal ekonomi semasa yang telah diamalkan sejak beberapa dekad yang lampau. Jika merenung kembali dari sudut bahasanya, diksi “ekonomi” berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “rumah” dan “agih”. Dari konsep pengurusan isi rumah, ia diperluaskan ke pengurusan dan pentadbiran negeri. Satu kajian ilmiah juga telah ditulis pada 1440 yang melibatkan pengurusan hal ehwal ekonomi sebuah kuil.

Hari ini dunia ekonomi telah bersetuju untuk mentakrifkan ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji bagaimana menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad. Atas sebab-sebab tertentu, sumber yang diperlukan untuk memenuhi kehendak manusia dikatakan terbatas jumlahnya. Malah manusia dikatakan haiwan ekonomi yang tidak pernah puas dengan apa yang diinginkan. Justeru itu, manusia cuba mencari jalan untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas itu melalui pelbagai cara

Related Documents