Islam Written Stone Essay

698 Words Nov 3rd, 2015 3 Pages
Kedatangan Islam
Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau 1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887,[1] (ada berpendapat 1899)[2].
Menurut sidang mesyuarat Lembaga Penasihat Antarabangsa UNESCO yang berlangsung di Barbados pada tanggal 13 Julai 2009, batu bersurat yang berusia lebih 700 tahun ini telah disenaraikan sebagai barang purba bernilai tinggi dan sesuai untuk mendapat pengiktirafan Warisan Dunia
…show more content…
Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu
Muka pertama 1. RasululLah dengan yang arwah santabi mereka 2. Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam 3. Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya 4. Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja. 5. Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam 6. Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda. 7. Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar. 8. Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka. 9. Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada. 10. Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala. 11. Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus dua.
Muka kedua 1. Keluarga di Benua jauh kan 2. Datang berikan.keempat orang

Related Documents