History Essay

4445 Words Mar 26th, 2016 18 Pages
KEPERLUAN Masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kelompok bangsa atau etnik yang berbeza, tetapi berada di bawah satu tampuk pemerintahan. Menurut J.S. Furnival, masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat campuran yang berbilang bangsa. Namun, tema campuran ini dalam erti kata yang sebenar, bergaul tetapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama dan adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya sendiri. Masyarakat majmuk ini juga hidup bersebelahan tetapi terasing dalam satu unit politik. Dari segi ekonomi pula, wujud pembahagian pekerjaan mengikut kaum atau etnik.

Berdasarkan pernyataan di atas:

i. Terangkan secara terperinci kedudukan rakyat Tanah Melayu sebelum
…show more content…
Pada masa itu, bagi masyarakat melayu lebihan pengeluaran sekiranya ada, akan digunakan oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk tujuan pertukaran barang, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah serta hadiah. Namun, adakalanya lebihan pengeluaran disimpan untuk tujuan tertentu dan ini sentiasa berlaku dalam aktiviti ekonomi yang bermusim seperti penanaman padi. Selain itu, masyarakat Melayu juga turut mengusahakan tanaman lain seperti ubi, pisang dan kelapa.

Tambahan pula, mereka juga menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kerbau untuk menambah sumber makanan dan juga bagi memenuhi keperluan sesebuah keluarga sahaja. Walaupun aktiviti ekonomi masyarakat Melayu adalah pelbagai, namun kebanyakan aktiviti ekonomi yang diusahakan bertujuan memenuhi keperluan sendiri. Dalam menjalankan aktiviti ekonomi, masyarakat menggunakan teknologi mudah seperti menggunakan peralatan asas yang diperbuat daripada bahan yang ada di sekitar mereka dan menggunakan sistem pengairan yang mudah berasaakan sumber air dari sungai atau hujan.

Justeru itu, teknologi yang digunakan oleh masyarakat melayu dalam konteks ekonomi sara diri banyak digerakkan oleh tenaga bintang atau manusia sendiri, bukannya mesin. Aktiviti ekonomi biasanya dilakukan secara bersama oleh sesebuah ahli keluarga sahaja dan ini menyebabkan tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas dalam masyarakat Melayu. Pada ketika itu, masyarakat

Related Documents